PETA DAERAH KULAIJAYA

PETA DAERAH KULAIJAYA

CHAT BOX MUZIKAL FM




Klik untuk mendengar dengan player

RADIO KOMUNITI 1 MALAYSIA MUKIM KULAI

LOGO IKON KOMUNITI 1 MALAYSIA

LOGO IKON KOMUNITI 1 MALAYSIA

Tuesday, November 26, 2013

KARNIVAL SEMARAK BELIA KULAIJAYA 2013

KARNIVAL SEMARAK BELIA KULAIAJAYA 2013 pada 29hb Nov. Hingga 1 Dis 2013 di Padang Awam, Taman Putri, Kulaijaya"hadapan Masjid Ar-Rahman" Berikut Aturcara Karnival; 29 Nov. 9am - 11:30pm - Karnival Jom Centre / Pameran Usahawan Belia Kulaijaya / Motivasi Perdana / Persembahan Nasyid & Qasidah 30 Nov. 7am - 11pm - Karnival JOM Centre / Senamrobick / Program Jom Jalan Sihat / Perasmian / Pameran / Pemeriksaan Kesihatan Percuma / Klinik Polo Bike / Pertandingan Futsal / Cabutan Bertuah / Kuiz / Pertandingan Perujian Berzanji Peringkat Negeri Johor / Pertandingan Azan / Pertandingan Mewarna / Pertandingan Karaoke lagu2 Nasyid / Pertandingan Sajak Patriotisma & Keagamaan / Pertandingan Nasyid Kulaijaya / Persembahan Artis dari Akademi Nasyid  1 Dis 7:45am - 5:30pm - Karnival Jom Centre / Pameran / Pertandingan Street Soccer Bawah 12 tahun / Pertandingan Sukaneka Belia / Cabutan Bertuah / Kuiz / Persembahan Artis Popular Tanah Air

Tuesday, May 1, 2012

PROGRAM DIALOG PEMIMPIN BERSAMA PENDUDUK TEMPATAN




Pejabat Penerangan Daerah Kulaijaya bersama Komuniti 1 Malaysia Mukim Kulai telah mengadakan program khusus untuk penduduk tempatan didalam Dialog Pemimpin bersama Pendudk Tempatan yang telah dilaksanakan pada 28hb April, 2012 di Dewan Raya Kulai, Kg. Melayu. Jutaan terima kasih kepada semua jabatan yang terlibat antaranya Majlis Perbandaran Kulai, SPRM, KPDNKK, PPSPPA, Pejabat Agama Daerah Kulaijaya, Pejabat Kesihatan Daerah Kulaijaya, Imigresen Caw. Kulaijaya dan IPD Kulaijaya. Semoga program ini dapat mengeratkan lagi antara Jabatan-Jabatan Kerajaan bersama penduduk tempatan juga secara tidak langsung dapat mendengar permasalahan Penduduk setempat.













Friday, April 27, 2012

Radio Inspirasi Anda itulah trademark MuzikalFM dimana akan menjadi sebahagian Radio Rasmi Komuniti 1 Malaysia Mukim Kulai yang pertama kali akan diperkenalkan didalam Daerah Kulaijaya. Seperti kita maklum banyak Radio Internet yang lebih 200 Radio tumbuh seperti cendawan didalam dunia IT kita ini. Maka Komuniti 1 Malaysia tidak mahu rasa ketinggalan untuk turut serta melalui dunia IT yang banyak kemudahan yang boleh dilaksanakan didalam IT ini. Apa pun Komuniti 1 Malaysia amat mengharapkan sokongan anda semua.. Anda boleh mendengar Radio Komuniti 1 Malaysia Mukim Kulai ini hanya perlu melayari Weblog kami : http://k1mmukimkulai.blogspot.com atau Link URL kami : http://72.20.10.56:8080/stream Selamat Mendengar Radio MuzikalFM "Radio Inspirasi Anda"

Tuesday, April 24, 2012

PROGRAM DIALOG PEMIMPIN BERSAMA PENDUDUK TEMPATAN

Program Dialog Pemimpin/Ketua Jabatan bersama penduduk tempatan akan diadakan pada 28hb April 2012 ini di Dewan Raya Kulai, Kg. Melayu. Tujuan utama adalah untuk memberi kefahaman kepada penduduk mengenai pelbagai perkara yang berkaitan tugas dan tanggungjawab antara Jabatan Kerajaan dan masyarakat setempat. Disamping itu, Penduduk juga boleh mengajukan soalan kepada yang terlibat bagi tujuan kefahaman bersama. Semoga Program ini dapat dimanfaatkan bersama. 

PIHAK KAMI MENJEMPUT TUAN/PUAN UNTUK HADIR PROGRAM TERSEBUT.

Wednesday, May 25, 2011

PERTANDINGAN TARIK TALI PROGRAM INFO BESTARI KOMUNITI 1 MALAYSIA MUKIM SEDENAK

Komuniti 1 Malaysia Mukim Sedenak akan mengadakan pertandingan tarik tali sempena hari Keputeraan Yang Di-Pertuan Agong. Program Info Bestari ini akan diadakan pada 4 Jun 2011 hari Sabtu Jam 8:00 pagi di Dataran Tarik Tali Kg. SC Air Manis (Kompleks Penghulu Mukim Sedenak). Untuk keterangan lanjut boleh hubungi En. Ujang 013-757 3964.

VIDEO UCAPAN PROGRAM INFO BESTARI & KEMPEN KEBERSIHAN, KEINDAHAN, KECERIAAN (3K) MUKIM KULAI

UCAPAN PENGERUSI KOMUNITI 1 MALAYSIA MUKIM KULAI

UCAPAN WAKIL RASMI PENGARAH PENERANGAN NEGERI JOHOR



KERATAN AKHBAR PROGRAM INFO BESTARI & KEMPEN KEBERSIHAN, KEINDAHAN, KECERIAAN (3K) MUKIM KULAI

PROGRAM INFO BESTARI & KEMPEN KEBERSIHAN, KEINDAHAN, KECERIAAN (3K) MUKIM KULAI














21 Mei, 2011 ; Komuniti 1 Malaysia Mukim Kulai, telah berjalan dengan lancar dan secara tidak langsung matlamat utama bagi menyahut gagasan 1 Malaysia telah terlaksana pada program tersebut. Kepelbagaian program antaranya Gotong Royong, Pertandingan  Mewarna kanak-kanak, Pameran Jabatan Kerajaan, Kaunter Pendaftaran SPR, Sukaneka Kanak-Kanak dan Dewasa juga Pertandingan Kugiran "Battle Of The Band" dengan mewajibkan lagu patriotik. Program tersebut telah dirasmikan oleh YDP Majlis Perbandaran Kulai (Ybhg. Tuan Hj. Md. Rofiki Bin Dato' Hj. A. Samsudin). Program tersebut dihadiri Pn. Kartina Saruni Wakil Rasmi Pengarah Penerangan Negeri Johor, Pegawai & Penyelaras Penerangan Daerah Kulaijaya, Ahli-Ahli Majlis Perbandaran Kulai, Ketua-Ketua Jabatan, dan pengunjung yang berbilang kaum.

Friday, May 6, 2011

PERTANDINGAN PANTUN SEK.2 MEN. PERINGKAT NEGERI JOHOR

 



Pertandingan Pantun Sek. Men Peringkat Negeri Johor Kali ini berlangsung di Dewan Sek. Men. Bandar Putra Kulaijaya. Di Peringkat Akhir Pertandingan ini antara Daerah Muar dan Daerah Kota Tinggi. 

MINI BIKE

 

 

Mini Bike telah berlangsung di Aconsave Taman Putri Kulai.. Program ini disambut baik bagi mengenangahkan bakat dan kebolehan anak2 yang berusia 8 tahun keatas..

PROGRAM INFO BESTARI KEMPEN KEBERSIHAN, KEINDAHAN, KECERIAAN (3K) MUKIM KULAI

Komuniti 1 Malaysia Mukim Kulai, Julung-julung kalinya akan menganjurkan bersama Pejabat Penerangan Daerah Kulaijaya dan Majlis Perbandaran Kulai dengan kerjasama Pejabat Daerah Kulaijaya, IPD Kulaijaya, Bomba & Penyelamat Daerah Kulaijaya, RELA Daerah Kulaijaya, Pejabatan Kesihatan Daerah Kulaijaya, KEMAS Daerah Kulaijaya dan Belia 4B Kawasan Kulai. Pelbagai acara menarik yang dianjurkan sepanjang program tersebut.. Gotong Royong, Pameran Jabatan Kerajaan & NGO, Pertandingan Live Band "Battle Of The Band" Sukaneka Kanak2 & Dewasa, Mewarna Terbuka Kanak-Kanak CABUTAN BERTUAH Pada hari Perasmian.. Semua di jemput hadir untuk meriahkan lagi program tersebut..

* PROGRAM SUMBANGAN FAKIR MISKIN 1 MALAYSIA juga akan dijalankan pada hari tersebut..

Thursday, April 7, 2011

"Jamming Session"


"Jamming Session" akan diadakan di IOI Mall Bandar Putra Kulaijaya pada 16hb April, 2011 Jam 2:00 ptg sehingga 12:00 Mlm.. 

PEJABAT PENERANGAN DAERAH KULAIJAYA MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN INTERNET PERCUMA

Tahniah diucapkan kepada Pejabat Penerangan Daerah Kulaijaya atas Perkhidmatan Internet Secara Percuma untuk semua Warga Kulaijaya yang ingin melayari internet. 

INFO BERSTARI KOMUNITI 1 MALAYSIA


Penggerak Transformasi Rakyat adalah slogan Komuniti 1 Malaysia.. Info Bestari Komuniti 1 Malaysia adalah salah satu program yang akan dijalan oleh setiap Komuniti. Komuniti 1 Malaysia Kg. Pertanian akan mengadakan program tersebut sepertimana di bawah ;

17 April, 2011 (Ahad)
Jam 7:30 Pagi
Di Padang Jalan Jati 15, Bandar Putra Kulaijaya

Semua Warga Daerah Kulaijaya di jemput hadir.

Monday, March 28, 2011

PROGRAM SEPAKAT BESTARI

















Program Sepakat Bestari Jalinan Kasih bersama pelajar-pelajar UTM selama tiga hari di Felda bukit Permai membawa seribu makna yang boleh kita sama-sama terapkan didalam Jalinan ini antara pelajar dan penduduk setempat. Pelbagai aktiviti telah dijalankan antaranya Sukaneka, Tarik Talik, Gotong Royong, Malam Tradisional dan banyak lagi acara yang telah disusun atur bagi menjayakan program tersebut. Perasmian telah dirasmikan oleh En. Kamaruddin Bin Abdullah (Pegawai Daerah kulaijaya) dan penutup rasmi telah disempurnakan oleh YB Hj Kamaruzaman Bin Ali (ADUN Bukit Permai). Tahniah dan syabas bagi semua yang terlibat..