PETA DAERAH KULAIJAYA

PETA DAERAH KULAIJAYA

CHAT BOX MUZIKAL FM




Klik untuk mendengar dengan player

RADIO KOMUNITI 1 MALAYSIA MUKIM KULAI

LOGO IKON KOMUNITI 1 MALAYSIA

LOGO IKON KOMUNITI 1 MALAYSIA

Monday, March 28, 2011

PROGRAM SEPAKAT BESTARI

















Program Sepakat Bestari Jalinan Kasih bersama pelajar-pelajar UTM selama tiga hari di Felda bukit Permai membawa seribu makna yang boleh kita sama-sama terapkan didalam Jalinan ini antara pelajar dan penduduk setempat. Pelbagai aktiviti telah dijalankan antaranya Sukaneka, Tarik Talik, Gotong Royong, Malam Tradisional dan banyak lagi acara yang telah disusun atur bagi menjayakan program tersebut. Perasmian telah dirasmikan oleh En. Kamaruddin Bin Abdullah (Pegawai Daerah kulaijaya) dan penutup rasmi telah disempurnakan oleh YB Hj Kamaruzaman Bin Ali (ADUN Bukit Permai). Tahniah dan syabas bagi semua yang terlibat..

Saturday, March 26, 2011

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KOMUNITI 1 MALAYSIA DAERAH KULAIJAYA KE KOMUNTI 1 MALAYSIA PARIT BUGIS, MUAR, JOHOR

Komuniti 1 Malaysia Daerah Kulaiajaya akan mengadakan program Lawatan Sambil Belajar ke Komuniti 1 Malaysia Parit Bugis, Muar sepertimana dibawah ;

10 APRIL 2011 (AHAD)
Bertolak Jam 10:30 pg

Lawatan ini melibatkan 5 Komuniti dalam daerah Kulaijaya antaranya ;

1. Komuniti 1 Malaysia Mukim Kulai
2. Komuniti 1 Malaysia Mukim Senai
3. Komuniti 1 Malaysia Mukim Sedenak
4. Komuniti 1 Malaysia Kg. Pertanian
5. Komuniti 1 Malaysia Kg. Seri Paya

Semua AJK Komuniti 1 Malaysia Daerah Kulaijaya hendaklah berkumpul di Pekarangan Komples Penghulu Mukim Sedenak Kulaijaya.


PROGRAM KAUNTER ADUAN BERGERAK (KAB)

BIRO PENGADUAN AWAM Di bawah Jabatan Perdana Menteri akan mengadakan Program Kaunter Aduan Bergerak (KAB) sepertimana dibawah ;

3 APRIL 2011

JAM 8:00 AM - 12:00 TGH

DI PERKARANGAN MASJID AR-RAHMAN
JALAN PERSIARAN PUTRI
TAMAN PUTRI, KULAIJAYA

Warga Kulaijaya Khasnya dijemput hadir bersama...
Anda juga boleh rujuk di laman sesawang Rasmi Biro Pengaduan Awam http://www.pcb.gov.my atau rujuk dialamat 

BIRO PENGADUAN AWAM ,  Tingkat 21, Bangunan KOMTAR, Jalan Wong Ah Fook    80000 Johor Bahru, Johor.  Tel : 07-223 0900 Faks : 07-224 3557

Wednesday, March 23, 2011

MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1432H/2011M SURAU INDAHPURA

Surau Indahpura akan mengadakan Majlis Sambutan Maulidur Rasul di Padang Terbuka Jalan Kemboja 36/7.. Muslimin & Muslimat dijemput Hadir...

SEPAKAT BESTARI

Majlis Sepakat Bestari Jalinan Kasih Komuniti 1 Malaysia Daerah Kulaijaya...

Tuesday, March 8, 2011

TAKLIMAT PEMANTAPAN ORGANISASI KOMUNITI 1 MALAYSIA DAERAH KULAIAJAYA

6 Mac 2011 ; Komuniti 1 Malaysia Daerah Kulaijaya telah melaksanakan Taklimat Pemantapan Organisasi Komuniti 1 Malaysia Di Dewan Raya Kg. Pertanian Kulaijaya. Pn. Kartina Selaku Urusetia Komuniti 1 Malaysia Negeri Johor bersama Pagawai Penerangan Daerah Kulaijaya dan Penyelaras telah berjaya melaksanakan tanggungjawab untuk memberi taklimat agar semua Komuniti 1 Malaysia dapat difahami dan dilaksanakan dengan baik.

SAMBUTAN MAULIDURASUL 1432H/2011M KOMUNITI 1 MALAYSIA MUKIM KULAI BERSAMA MASJID JAMEK BANDAR KULAI

Monday, March 7, 2011

PERMOHONAN KERJA SEBAGAI GURU TADIKA KEMAS


Kepada mereka yang berminat ingin menjadi Guru Tadika KEMAS boleh membuat permohonan sekarang. Anda boleh mengambil borang di pejabat KEMAS Negeri atau daerah, tarikh tutup 21 Mac 2011. Syarat2 utama mestilah mempunyai DIPLOMA dan KREDIT BAHASA MALAYSIA JUGA 5 SUBJEK mestilah KREDIT.

KARNIVAL KOMUNITI 1 MALAYSIA JOHOR 2011

Pelbagai acara diadakan seperti pameran dari agensi di bawah Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, pameran dari agensi kerajaan, badan berkanun, swasta dan kormersil seperti SPR, AADK, kaunter pertanyaan Majlis Perbandaran Kluang, JPJ, mini studio RTM, persembahan artis tempatan, pemeriksaan kesihatan dan banyak lagi akan berlangsung selama dua (2) hari (9hb & 10hb Mac, 2011) di
Dewan Tunku Ibrahim Ismail, Dataran Tasek Kluang Johor Jam 9:00 Pagi - 12:00 Malam.
 
SEMUA DIJEMPUT HADIR.