PETA DAERAH KULAIJAYA

PETA DAERAH KULAIJAYA

CHAT BOX MUZIKAL FM




Klik untuk mendengar dengan player

RADIO KOMUNITI 1 MALAYSIA MUKIM KULAI

LOGO IKON KOMUNITI 1 MALAYSIA

LOGO IKON KOMUNITI 1 MALAYSIA

Wednesday, May 25, 2011

PERTANDINGAN TARIK TALI PROGRAM INFO BESTARI KOMUNITI 1 MALAYSIA MUKIM SEDENAK

Komuniti 1 Malaysia Mukim Sedenak akan mengadakan pertandingan tarik tali sempena hari Keputeraan Yang Di-Pertuan Agong. Program Info Bestari ini akan diadakan pada 4 Jun 2011 hari Sabtu Jam 8:00 pagi di Dataran Tarik Tali Kg. SC Air Manis (Kompleks Penghulu Mukim Sedenak). Untuk keterangan lanjut boleh hubungi En. Ujang 013-757 3964.

VIDEO UCAPAN PROGRAM INFO BESTARI & KEMPEN KEBERSIHAN, KEINDAHAN, KECERIAAN (3K) MUKIM KULAI

UCAPAN PENGERUSI KOMUNITI 1 MALAYSIA MUKIM KULAI

UCAPAN WAKIL RASMI PENGARAH PENERANGAN NEGERI JOHOR



KERATAN AKHBAR PROGRAM INFO BESTARI & KEMPEN KEBERSIHAN, KEINDAHAN, KECERIAAN (3K) MUKIM KULAI

PROGRAM INFO BESTARI & KEMPEN KEBERSIHAN, KEINDAHAN, KECERIAAN (3K) MUKIM KULAI














21 Mei, 2011 ; Komuniti 1 Malaysia Mukim Kulai, telah berjalan dengan lancar dan secara tidak langsung matlamat utama bagi menyahut gagasan 1 Malaysia telah terlaksana pada program tersebut. Kepelbagaian program antaranya Gotong Royong, Pertandingan  Mewarna kanak-kanak, Pameran Jabatan Kerajaan, Kaunter Pendaftaran SPR, Sukaneka Kanak-Kanak dan Dewasa juga Pertandingan Kugiran "Battle Of The Band" dengan mewajibkan lagu patriotik. Program tersebut telah dirasmikan oleh YDP Majlis Perbandaran Kulai (Ybhg. Tuan Hj. Md. Rofiki Bin Dato' Hj. A. Samsudin). Program tersebut dihadiri Pn. Kartina Saruni Wakil Rasmi Pengarah Penerangan Negeri Johor, Pegawai & Penyelaras Penerangan Daerah Kulaijaya, Ahli-Ahli Majlis Perbandaran Kulai, Ketua-Ketua Jabatan, dan pengunjung yang berbilang kaum.

Friday, May 6, 2011

PERTANDINGAN PANTUN SEK.2 MEN. PERINGKAT NEGERI JOHOR

 



Pertandingan Pantun Sek. Men Peringkat Negeri Johor Kali ini berlangsung di Dewan Sek. Men. Bandar Putra Kulaijaya. Di Peringkat Akhir Pertandingan ini antara Daerah Muar dan Daerah Kota Tinggi. 

MINI BIKE

 

 

Mini Bike telah berlangsung di Aconsave Taman Putri Kulai.. Program ini disambut baik bagi mengenangahkan bakat dan kebolehan anak2 yang berusia 8 tahun keatas..

PROGRAM INFO BESTARI KEMPEN KEBERSIHAN, KEINDAHAN, KECERIAAN (3K) MUKIM KULAI

Komuniti 1 Malaysia Mukim Kulai, Julung-julung kalinya akan menganjurkan bersama Pejabat Penerangan Daerah Kulaijaya dan Majlis Perbandaran Kulai dengan kerjasama Pejabat Daerah Kulaijaya, IPD Kulaijaya, Bomba & Penyelamat Daerah Kulaijaya, RELA Daerah Kulaijaya, Pejabatan Kesihatan Daerah Kulaijaya, KEMAS Daerah Kulaijaya dan Belia 4B Kawasan Kulai. Pelbagai acara menarik yang dianjurkan sepanjang program tersebut.. Gotong Royong, Pameran Jabatan Kerajaan & NGO, Pertandingan Live Band "Battle Of The Band" Sukaneka Kanak2 & Dewasa, Mewarna Terbuka Kanak-Kanak CABUTAN BERTUAH Pada hari Perasmian.. Semua di jemput hadir untuk meriahkan lagi program tersebut..

* PROGRAM SUMBANGAN FAKIR MISKIN 1 MALAYSIA juga akan dijalankan pada hari tersebut..

Thursday, April 7, 2011

"Jamming Session"


"Jamming Session" akan diadakan di IOI Mall Bandar Putra Kulaijaya pada 16hb April, 2011 Jam 2:00 ptg sehingga 12:00 Mlm.. 

PEJABAT PENERANGAN DAERAH KULAIJAYA MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN INTERNET PERCUMA

Tahniah diucapkan kepada Pejabat Penerangan Daerah Kulaijaya atas Perkhidmatan Internet Secara Percuma untuk semua Warga Kulaijaya yang ingin melayari internet. 

INFO BERSTARI KOMUNITI 1 MALAYSIA


Penggerak Transformasi Rakyat adalah slogan Komuniti 1 Malaysia.. Info Bestari Komuniti 1 Malaysia adalah salah satu program yang akan dijalan oleh setiap Komuniti. Komuniti 1 Malaysia Kg. Pertanian akan mengadakan program tersebut sepertimana di bawah ;

17 April, 2011 (Ahad)
Jam 7:30 Pagi
Di Padang Jalan Jati 15, Bandar Putra Kulaijaya

Semua Warga Daerah Kulaijaya di jemput hadir.

Monday, March 28, 2011

PROGRAM SEPAKAT BESTARI

















Program Sepakat Bestari Jalinan Kasih bersama pelajar-pelajar UTM selama tiga hari di Felda bukit Permai membawa seribu makna yang boleh kita sama-sama terapkan didalam Jalinan ini antara pelajar dan penduduk setempat. Pelbagai aktiviti telah dijalankan antaranya Sukaneka, Tarik Talik, Gotong Royong, Malam Tradisional dan banyak lagi acara yang telah disusun atur bagi menjayakan program tersebut. Perasmian telah dirasmikan oleh En. Kamaruddin Bin Abdullah (Pegawai Daerah kulaijaya) dan penutup rasmi telah disempurnakan oleh YB Hj Kamaruzaman Bin Ali (ADUN Bukit Permai). Tahniah dan syabas bagi semua yang terlibat..

Saturday, March 26, 2011

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KOMUNITI 1 MALAYSIA DAERAH KULAIJAYA KE KOMUNTI 1 MALAYSIA PARIT BUGIS, MUAR, JOHOR

Komuniti 1 Malaysia Daerah Kulaiajaya akan mengadakan program Lawatan Sambil Belajar ke Komuniti 1 Malaysia Parit Bugis, Muar sepertimana dibawah ;

10 APRIL 2011 (AHAD)
Bertolak Jam 10:30 pg

Lawatan ini melibatkan 5 Komuniti dalam daerah Kulaijaya antaranya ;

1. Komuniti 1 Malaysia Mukim Kulai
2. Komuniti 1 Malaysia Mukim Senai
3. Komuniti 1 Malaysia Mukim Sedenak
4. Komuniti 1 Malaysia Kg. Pertanian
5. Komuniti 1 Malaysia Kg. Seri Paya

Semua AJK Komuniti 1 Malaysia Daerah Kulaijaya hendaklah berkumpul di Pekarangan Komples Penghulu Mukim Sedenak Kulaijaya.


PROGRAM KAUNTER ADUAN BERGERAK (KAB)

BIRO PENGADUAN AWAM Di bawah Jabatan Perdana Menteri akan mengadakan Program Kaunter Aduan Bergerak (KAB) sepertimana dibawah ;

3 APRIL 2011

JAM 8:00 AM - 12:00 TGH

DI PERKARANGAN MASJID AR-RAHMAN
JALAN PERSIARAN PUTRI
TAMAN PUTRI, KULAIJAYA

Warga Kulaijaya Khasnya dijemput hadir bersama...
Anda juga boleh rujuk di laman sesawang Rasmi Biro Pengaduan Awam http://www.pcb.gov.my atau rujuk dialamat 

BIRO PENGADUAN AWAM ,  Tingkat 21, Bangunan KOMTAR, Jalan Wong Ah Fook    80000 Johor Bahru, Johor.  Tel : 07-223 0900 Faks : 07-224 3557

Wednesday, March 23, 2011

MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1432H/2011M SURAU INDAHPURA

Surau Indahpura akan mengadakan Majlis Sambutan Maulidur Rasul di Padang Terbuka Jalan Kemboja 36/7.. Muslimin & Muslimat dijemput Hadir...

SEPAKAT BESTARI

Majlis Sepakat Bestari Jalinan Kasih Komuniti 1 Malaysia Daerah Kulaijaya...